PENGENALAN

Kolej Komuniti Jerantut mula beroperasi pada 3 Januari 2012. Kolej ini terletak di Taman Wawasan, Jalan Jerantut-Temerloh serta lokasi strategik yang hanya 3 kilometer dari Bandar Jerantut dan bersebelahan dengan Masjid Besar Jerantut. Prasarana yang disediakan boleh menampung pelaksanaan dua kursus iaitu Kursus Sijil Akuakultur dan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.

Kolej Komuniti Jerantut ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperananan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

PENGARAH KOLEJ KOMUNITI JERANTUT