Kolej Komuniti adalah sebuah daripada institusi pendidikan awam yang terletak dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi. Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan diseluruh Negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran. Kolej Komuniti Jerantut mula beroperasi pada 3 Januari 2012. Kolej ini terletak di Taman Wawasan, Jalan Jerantut-Temerloh serta lokasi strategik yang hanya 3 kilometer dari Bandar Jerantut dan bersebelahan dengan Masjid Besar Jerantut (Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut). Prasarana yang disediakan boleh menampung pelaksanaan dua kursus iaitu Kursus Sijil Akuakultur dan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Kolej Komuniti Jerantut ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperananan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.
| ||
Sejarah Penubuhan
Hit: 322