Akreditasi MQA Nama Sijil: Intipati Sijil / Silibus: Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini sejajar dengan Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang sedang berkuatkuasa. Kelayakan Kemasukan: Prospek Kerjaya: Antara pekerjaan yang berpotensi adalah : Durasi Kursus: Objektif Program:
SIJIL TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN (SPK)
Program Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan direka bentuk bagi mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam menjadi pekerja separa mahir.
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga pekerja separa mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang semakin meningkat dalam industri makanan.
2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan mampu menghasilkan pengamal pemprosesan makanan yang :PEO 1 Menghasilkan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi pemprosesan makanan PEO 2 Mempamerkan kemahiran teknikal, kemahiran teknologi digital dan menunjukkan kemahiran kuantitatif dalam bidang teknologi makanan PEO 3 Mempamerkan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal serta ciri kepimpinan di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam memperkasa pembelajaran sepanjang hayat PEO 4 Membudayakan pembangunan kendiri, pemikiran keusahawanan serta mematuhi etika kerja dan profesionalisme dalam komuniti dan pihak berkepentingan
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan
Hit: 289