PROGRAM SUKARELAWAN BRISK KK PAHANG TREE4LIFE : SUSTAINABILITY WITH NATURE

Aktiviti : Program Sukarelawan Brisk KK Pahang TREE4LIFE : Sustainability With Nature

Jumlah penanaman pokok memberi impak penurunan jejak karbon

Tempat:Hospital Bera
Anjuran:Brisk KK Pahang

 

Briged Sukarelawan Kolej Komuniti Pahang telah pun menganjurkan program ini yang turut disertai oleh Kolej Komuniti Jerantut bersama-sama menanam sebanyak 236 batang pokok di sekitar kawasan Hospital Bera Pahang.  Program Tree for Life menjadi inisiatif penanaman pokok teduh untuk persekitaran sebagai salah satu langkah pemuliharaan alam sekitar dan memupuk kesedaran untuk menanam pokok hijau yang memberi manfaat kepada ekosistem yang turut mencantikkan landskap sekitar.

Antara manfaat program penanaman pokok ini adalah bagi mengurangkan jejak karbon di atmosfera dan membantu mengurangkan kesan rumah kaca yang mempengaruhi perubahan iklim dunia. Melalui pertambahan pokok hijau dapat meningkatkan  kualiti udara yang mengurangkan pencemaran dan kawasan hijau yang dapat mengurangkan stress.

 

Kami mempunyai 2 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 6
Semalam: 12
Minggu Ini: 30
Last Week: 29
Bulan Ini: 36
Last Month: 206
Jumlah: 4,175
004175