Aktiviti : Penanaman Semula Pokok Bakau Untuk Program Asean-Japan Youth Festival 2023 Jumlah penanaman pokok memberi impak penurunan jejak karbon
Selaku Penyelaras Unit SmartGreen KKJP, Encik Mohd Saiful Zairy bin Mohd Zaidi telah melibatkan diri dalam aktiviti penanaman semula pokok kayu bakau untuk menjamin kelestarian bumi. Penyertaan program ini turut melibatkan 110 orang delegasi negara-negara ASEAN yang lain iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Cambodia dan Jepun Penanaman semula pokok kayu bakau (mangrove) adalah usaha penting untuk memulihkan ekosistem pesisir dan melindungi kawasan pantai daripada kesan perubahan iklim sekaligus membantu penurunan jejak karbon dunia. Aktiviti yang dianjurkan ini merupakan salah satu inisiatif jabatan yang menyokong kepada pemuliharaan alam sekitar, amalan tanaman pokok dan landskap yang mampan.
| |||||||||||