Aktiviti : Lawatan Koperasi Usahawan Belimbing Buluh Jerantut Berhad ke Kolej Komuniti Jerantut
Kolej Komuniti Jerantut (KKJP) telah dilantik sebagai Konsultan dan Penyedia Infrastruktur Pengujian Peralatan bagi membantu Koperasi Usahawan Belimbing Buluh Jerantut Berhad. Pelaksanaan program pembangunan kapasiti satu daerah satu industri (SDSI) Fasa 2 tahun 2023 ini adalah anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Dengan pelantikan ini, KKJP bawah seliaan KPro unit Sijil Teknologi Makanan (SPK), Encik Ahmad Sabre bin Osman dan pensyarah unit SPK, Puan Ainin Faizah binti Alias menggalas tanggungjawab membantu pihak Koperasi Usahawan Belimbing Buluh Jerantut Berhad sebagai penasihat dalam kerja-kerja pengujian peralatan, kaedah merebus belimbing buluh yang efisien, penilaian deria (sensory evalution) dan pengujian makmal. Dengan teknologi dan kaedah yang sesuai, dapat mengelakkan masalah buah belimbing buluh cepat rosak atau busuk. | ||||||||
LAWATAN KOPERASI USAHAWAN BELIMBING BULUH JERANTUT BERHAD KE KOLEJ KOMUNITI JERANTUT
Hit: 74