Aktiviti : Perkongsian Ilmu Eco Enzyme Bersama Pelajar Hokkaido High School, Jepun
Unit Smart Green Kolej Komuniti Jerantut yang diwakili oleh pensyarah-pensyarah Teknologi Akuakultur telah berkongsi ilmu berkaitan Eco enzyme kepada pelajar dari Hokkaido High School, Jepun. Perkongsian bermanfaat ini sangat berguna untuk meningkatkan kesedaran tentang langkah pengurusan sisa makanan yang lebih lestari dalam memulihara alam sekitar bukan sahaja untuk komuniti setempat tetapi untuk komuniti luar negara seperti Jepun. Eco enzyme merupakan larutan kompleks yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa organik (kulit buah-buahan, sayuran), gula (gula perang, gula kasar atau molases) dan air. Warnanya perang gelap dan berbau masam manis setelah diperam. Eco enzyme berfungsi sebagai baja organik atau biofertizer yang sangat berguna untuk alam sekitar. Penggunaan sisa organik untuk pembuatan eco enzyme sekaligus mengurangkan sampah dan dapat menghasilkan kompos organik yang meningkatkan kesuburan tanah tanpa menggunakan baja kimia.
| ||||||||||||||
PERKONGSIAN ILMU ECO ENZYME BERSAMA PELAJAR HOKKAIDO HIGH SCHOOL, JEPUN
Hit: 42