PENGUKURAN KUALITI AIR DI KG. BINJAI, JERANTUT

Aktiviti : Pengukuran Kualiti Air di Kampung Binjai, Jerantut

Tarikh :13 Ogos 2024
Tempat:Kg. Binjai, Jerantut

 

Pengukuran kualiti air sungai adalah penting untuk memastikan kesihatan ekosistem akuatik dan keselamatan sumber air untuk manusia. Ujian sampel air daripada sumber air setempat diuji untuk pengesanan kehadiran bahan pencemar dan pemantauan kualiti ekosistem akuatik.

Ujian berkala membolehkan pemantauan perubahan dalam kualiti air dari masa ke semasa, membantu mengenal pasti trend pencemaran dan keberkesanan tindakan pemulihan alam sekitar. Dengan maklumat yang jelas mengenai kualiti air, masyarakat setempat dapat diberi pengetahuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi sumber air mereka khasnya bagi penternak kolam ikan air tawar di sekitar sumber air tersebut.

Kami mempunyai 80 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 6
Semalam: 13
Minggu Ini: 35
Last Week: 116
Bulan Ini: 19
Last Month: 353
Jumlah: 5,307
005307