Aktiviti : Lawatan Penanda Aras Unit Smartgreen Kolej Komuniti Kuantan ke Kolej Komuniti Jerantut
Unit Smartgreen KKJP berbesar hati menerima lawatan penanda aras dari pihak pengurusan dan unit Smartgreen Kolej Komuniti Kuantan, bagi tujuan berkongsi dan menyebarluaskan amalan baik dalam pengurusan smartgreen di peringkat institusi selaras dengan gagasan Smartgreen JPPKK Taklimat pengurusan sisa pepejal dan laporan aktiviti kelestarian amalan hijau KKJP telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) selaku Pengurus Smartgreen Kolej Komuniti Jerantut, Encik Mohd Ridhwan bin Che’ Amat. Lawatan sekitar bangunan dan perkongsian maklumat turut dibantu oleh Penyelaras Smartgreen Encik Mohd Saiful Zairy bin Mohd Zaidi. | ||||||||
LAWATAN PENANDA ARAS DARI UNIT SMARTGREEN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
Hit: 76