Aktiviti : Kolej Komuniti Jerantut Komited Menjaga Kelestarian Alam
ย Bagi menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar, Unit SmartGreen Kolej Komuniti Jerantut bersama Persatuan Alumni Program Persahabatan ASEAN - Jepun Abad ke-21, Malaysia (PAMAJA), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menganjurkan program ๐๐ฒ๐ฎ๐ฐ๐ต ๐๐น๐ฒ๐ฎ๐ป-๐๐ฝ ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ต๐ฒ ๐๐ผ๐บ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ di Pantai Remis, Kuala Selangor. Matlamat program ini adalah memperkasakan usaha hijau SmartGreen POLYCC, mengurangkan pencemaran pantai, mendidik komuniti tentang penjagaan alam sekitar dan menanam nilai tanggungjawab selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Turut hadir menyertai program ini adalah Ms. NAKAMURA Yuko, Project Formulation Advisor of JICA. Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa program dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan peserta yang terlibat.
ย | |||||||||||
BEACH CLEAN-UP WITH THE COMMUNITY
Hit: 18